Make your own free website on Tripod.com

PENGENALAN 

 

    Laman web sains dan islam yang menakjubkan ini banyak memberi maklumat yang berharga dan bermanfaat kepada semua yang melawati laman web ini.

Kebanyakan pakar saintis menerangkan banyak fakta-fakta saintifik yang baru sahaja ini ditemui dan selepas bertahun-tahun mengkaji dan mempelajarinya. Apabila mereka diberitahu bahawa fakta-fakta saintifik yang baru sahaja mereka temui itu telah pun dinyatakan samada secara terus atau tersirat di dalam Al-Quran sejak lebih 1400 tahun dahulu, mereka merasa terkejut. Komen-komen mereka pelbagai, namun kebanyakan mereka mengakui bahawa Al-Quran ini mustahil datang dari manusia atau sumber biasa. Malahan, beberapa orang dari mereka terus yakin dan mengakui bahwa Nabi Muhammad   ialah seorang Rasul Allah . Salah seorang dari mereka telah memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah Shahadah dan menjadi seorang Muslim.   

Allah Allah berfirman lagi bermaksud:

Maka sesiapa yang Allah Allahkehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sengan mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah   menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Qur'aan 6:125)

Apabila pakar-pakat sains tersebut mengakui hakikat-hakikat ini, mereka sebenarnya mempamerkan satu bukti kebenaran Islam di depan rakan sejawat mereka dan di depan orang-orang yang kurang berilmu di kalangan mereka. Mereka sebenarnya membuka pintu-pintu yang sudah lama tertutup dan membuka jalan menuju keimanan sebenar kepada Allah , Tuhan sekelian alam. Jadi, apa lagi alasan-alasan dari mereka yang menjauhi kebenaran setelah terbentangnya bukti-bukti ini dan pengesahan dari ahli-ahli sains tersebut?  

  Didalam keajaiban alam pula banyak keunikan  yang kita dapati daripada apa yang Allah jadikan.Setiap apa yang diciptakan memberi banyak manfaat kepada manusia dan makhkluk di muka bumi ini.

  Di dunia ini banyak keajaiban yang kita lihat yang diciptakan oleh Allah untuk makhluk ciptaannya.Laman web ini terdapat maklumat mengenai fakta sains yang berkaitan dengan khasiat kurma memperkayakan daya intelek .Disamping itu juga  menceritakan keunikan kejadian manusia yang diciptakan sebaik-baik makhluk sebagai khalifah.Disini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia yang terdapat dalam al-quran dan fakta-fakta penerangan daripada pakar saintis.Mereka berjaya mendedahkan bagaiman proses itu menurut kejadian yang telah dibuat.

   Akhir kata , saya berharap laman web sains dan islam ini dapat memberi maklumat yang berfaedah kepada semua yang mengunjungi laman web ini .

 

    

LAMAN UTAMA